|
SEJARAH SEGAMAT
Segamat merupakan
sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah
silamnya lalu ianya digelar
"Daerah Lagenda".
Sejarah silam daerah
Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang
kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas
merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita
orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman
pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis.
Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa
lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri
tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi
Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan
dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai
"Daerah Sumpahan
Malim Deman".
|
 |
Segamat River
View near the Segamat Bridge
Sungai Segamat
Pandangan dekat
bandar Segamat |
Dari perspektif
Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara
Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah
melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat
yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah
di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut
berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan
lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru
Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai
"Kampung Lubuk Batu".
Dan di pengkalan Lubuk
Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari
Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru,
Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang
lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih
lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun
berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan "Segar Amat yang
dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama "Segamat".
|
 |
Map of Johor State |
Segamat juga disebut
sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya
dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu.
Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat
begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran
matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan
permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan
menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.
Orang-orang Segamat
suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk
berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya
putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang
Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui
sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok
Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah
menamakan Segamat sabagai
"Jambu Condong"
dan "Leban
Condong".
Reference
"Segamat - Sejarah & Mitosnya" by Drs. Ungku Mohd. Zaman Tahir
News |