We have 82 guests and no members online

News

Temuduga Terbuka "Graduate Employability Programme" dan Skim Perantisan

User Rating:  / 0

Istimewa buat warga Segamat yang berkelulusan tidak kira diperingkat sijil, diploma ataupun Ijazah yang masih tercari-cari kerja, anda dijemput datang untuk menghadiri Program Temuduga Terbuka "GRADUATE EMPLOYABILITY PROGRAMME" dan SKIM PERANTISAN anjuran PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD di HOTEL VIP SEGAMAT, 17 Julai 2010 jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti salinan Ijazah, Diploma atau Sijil bagi memudahkan urusan temuduga nanti. Sekiranya anda berjaya, anda menerima elaun bulanan sebagai RM500 bagi "GRADUATE EMPLOYABILITY PROGRAMME" dan di antara RM350 hingga RM500 untuk sebulan untuk Skim Perantisan.

Ini peluang anda untuk menambah kemahiran anda seterusnya meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Jangan lepaskan peluang ini.

Translate

 
 
 

Login Form

LFS Cinema Movie Showtime